LAMAN WEB RASMI SEKOLAH RENDAH PDN PJ SENGKARAI

Sejarah Ringkas

Picture

Nama sekolah adalah sempena nama seorang ketua kampong pertama Sengkarai iaitu Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya- nama sebenar ialah Pengiran Dipa Jaya. Sebelum menjadi ketua kampong, Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya telah bermastautin di Mukah, Sarawak dan menjadi wakil pemungut cukai. Setelah Raja Brooke datang ke Sarawak, beliau menetap di Kampong Sengkarai dan seterusnya dilantik menjadi ketua kampong.

Bangunan lama Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai mula digunakan paa 17 Mac 1968. Guru besarnya ialah Cikgu Haji Moksin bin Ahmad. Bangunan kekal yang ada masa ini pula mula digunakan pada 1 Mac 1981. Guru besarnya ialah Cikgu Haji Taib bin Sulaiman.
Pada Januari tahun 2004, Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai kemudian ditukar menjadi Sekolah PDN PJ Sengkarai sempena penggabungan bahagian rendah dan bahagian menengah [menengah 1 hingga 3]

Sebab-sebab ia digabungkan ialah:
- Sekolah Menengah Sayyidina Othman (SMSO), Tutong tidak dapat menampung kemasukan penuntut-penuntut Menengah Bawah 1
-SMSO telah menubuhkan Pusat Tingkatan Enam.
Penuntut-penuntut yang dibenarkan bersekolah di Sekolah ini terdiri daripada Kawasan Tadahan iaitu Mukim Telisai, Mukim Tanjung Maya dan Kg.Sengkarai (Bekas murid darjah 6 tahun 2004).
Pada tahun 2004, sistem bersepadu diperkenalkan bagi bahagian Rendah. Sehari suntuk mula dijalankan di sekolah ini pada 17hb Januari 2005. Sistem sekolah bersepadu ditiadakan pada tahun 2006.